Sirih Pulang Ke Gagang, Anwar Tiba Di Ibu Pejabat UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ibarat sirih pulang ke gagang, malam ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Ibu Pejabat Umno di Menara Datuk Onn bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Anwar menjejakkan kakinya semula di bangunan keramat Umno itu selepas 25 tahun.

Perdana Menteri tiba pada jam 7.41 malam.

Beliau dilihat berjalan dari Hotel Seri Pacific ke Menara Datuk Onn diiringi pengawal dan Pengarah Eksekutif Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.

Mesyuarat malam ini juga akan dihadiri pemimpin utama Umno dan Barisan Nasional (BN), termasuk Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut dijangka hadir, pemimpin utama parti Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta WARISAN.

Setakat ini yang dilihat hadir, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan beberapa pimpinan utama yang lain. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat