Zahid saran RISDA teroka industri perabot

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA) kini berdepan cabaran yang besar bagi memastikan punca pendapatan 552,543 orang pekebun kecil yang bergantung kepada tanaman getah dapat terus dipertingkatkan.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, cabaran-cabaran ini termasuklah seperti isu kekerapan taburan hujan, ketidakstabilan harga, kekurangan tenaga kerja serta persaingan komoditi-komoditi yang lain.

Namun katanya, getah masih menjadi komoditi penting dalam pembangunan negara, begitu juga peranan RISDA yang menyelarasnya.

“Justeru, saya telah menyarankan agar RISDA antara lainnya perlulah memastikan ketersediaan data industri getah yang lengkap dan kaedah analisis ekonomi yang efektif bagi menghasilkan sebuah perancangan strategik organisasi yang mapan.

“Saya juga melihat terdapat cabang-cabang baharu yang boleh diterokai menerusi kerjasama pintar dengan syarikat-syarikat perabot, contohnya.

“Dengan perkembangan teknologi yang kian pesat, saya melihat sektor perabot berasaskan kayu getah juga mempunyai potensi yang amat besar untuk dipelopori RISDA, RISDA Holdings dan anak-anak syarikat di bawahnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mesyuarat bersama pengurusan dan kepimpinan tertinggi RISDA bagi mendengar taklimat gerak kerja dan pembangunan RISDA.

Dalam perkembangan sama, kata beliau RISDA bercadang menstruktur semula semua anak syarikat di bawah RISDA Holdings sebagai usaha melahirkan usahawan dalam kalangan kakitangannya.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata penstrukturan itu antara transformasi yang perlu dilaksanakan bagi memberi nilai tambah kepada RISDA.

“Ini adalah entiti perniagaan kepada RISDA yang skita lihat jika ada syarikat di bawah RISDA Holdings itu, boleh distruktur semula untuk mewujudkan usahawan dalam kalangan pegawai dan kakitangan syarikat.

“Ini dilihat cara terbaik iaitu memberikan peluang kepada mereka untuk menguruskan sendiri (anak syarikat) dengan kaedah ‘management buyout’,” katanya.

Dalam pada itu Zahid berkata, sekiranya penstrukturan itu dilaksanakan, ia bukan sahaja dapat melahirkan lebih ramai usahawan malah berupaya mengurangkan kos operasi bagi syarikat berkenaan.

“Yang penting bukan banyaknya syarikat, yang penting syarikat itu mesti melaksanakan ‘core business’ kepada industri getah atau kepada perkara yang boleh memberikan sumbangan kepada RISDA.

“Pada hemat saya suatu hari nanti, bajet daripada kerajaan dapat dikurangkan tetapi keuntungan daripada urusniaga RISDA Holdings dan anak syarikatnya, dapat membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang tidak memikiki tanah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat