Ismail Sabri hargai tindakan pantas kerajaan, SMART bantu gempa Turkiye

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakam ucapan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kerana bertindak pantas menghantar 75 anggota untuk membantu usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye.

Menurut beliau, ini adalah bukti hubungan baik di antara kedua-dua negara.

“Doa dan harapan saya agar kesemua mangsa dapat diselamatkan dan semoga bantuan yang diberikan oleh seluruh negara dapat meringankan beban pasukan penyelamat Turkiye.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana mendapat laporan 12 rakyat Malaysia yang berada di sana terselamat.

“Saya juga berharap agar keluarga mangsa yang terlibat terus cekal dan tabah dalam menghadapi dugaan ini. Salam takziah kepada Kerajaan serta rakyat Turkiye dan Syria,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri juga berdukacita dengan kejadian gempa bumi yang telah meragut ribuan nyawa di wilayah selatan Turkiye dan utara Syria.

“Saya difahamkan dua gempa bumi berskala besar berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud telah menggegarkan wilayah Kahramanmaras dan beberapa wilayah kejiranan termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis yang mengorbankan beribu nyawa,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat