Baik pulih paip Johor boleh selesai dalam 4 tahun berbanding jangkaan 10 tahun – GAT Asia

- Advertisement -

JOHOR BAHRU — Projek membaik pulih paip lama di Johor mampu diselesaikan dalam tempoh hanya tiga hingga empat tahun berbanding jangkaan 10 tahun yang diperlukan bagi kerja-kerja membaik pulih 6,000 kilometer (km) paip lama di negeri itu.

Green Area Technology Asia (GAT Asia) merupakan syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Lumpur menawarkan teknologi tanpa parit (trenchless liner) yang mesra alam serta menggunakan kos yang sangat efisyen, mampu membuat pemulihan paip lama tanpa memerlukan sebarang kerja-kerja penggalian yang mengganggu persekitaran paip.

Disamping itu, teknologi yang ditawarkan oleh GAT Asia berbanding kaedah konvensional juga mampu mengurangkan kos yang bakal ditanggung oleh kerajaan sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus.

Dalam satu kenyataan media, Ketua Pegawai Eksukutifnya Ammar Fikri berkata, GAT Asia sedia membantu kerajaan negeri Johor dalam menyeselaikan isu pembaikpulihan paip-paip lama di negeri tersebut dengan menggunakan teknologi hijau yang diperkenalkan oleh syarikat berkenaan yang mampu menjimatkan masa dan kos seterusnya mampu memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat di negeri itu.

“Merujuk kepada laporan akhbar pada bulan Disember lepas, GAT Asia sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri Johor dalam menyelesaikan isu berkenaan pembaikpulihan paip-paip lama di negeri tersebut.

“Sebagai sebuah syarikat pembekal teknologi hijau tempatan, adalah menjadi tanggungjawab GAT Asia untuk membantu kerajaan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kepakaran serta keupayaan kami dalam permasalahan yang terlibat.

“Justeru, GAT Asia sedia memberikan komitmen yang terbaik kepada kerajaan negeri Johor demi kelestarian dan kemaslahatan seluruh penduduk di negeri berkenaan,” katanya.

Tambah beliau, penjimatan dari aspek kos ringgit dan masa pembaikan tersebut sejajar dengan langkah yang disarankan oleh kerajaan persekutuan dalam menghadapi kelembapan ekonomi global ketika ini.

Terdahulu, kerajaan negeri Johor mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dalam usaha mempercepatkan projek membaik pulih paip lama di negeri itu bagi mengatasi masalah bekalan air yang terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, tempoh yang diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja membaik pulih baki 6,000km paip lama dijangka mengambil masa sehingga 10 tahun untuk diselesaikan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat