Mahkamah Tolak Rayuan Khairy Terhadap Saman Anwar Isu “Main Belakang”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar gagal mengetepikan saman fitnah yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan “main belakang” yang disebutnya pada satu perhimpunan politik 14 tahun lalu.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang menolak rayuan Khairy terhadap liabiliti dan ganti rugi RM150,000 yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 2017 untuk Anwar, kini Ketua Pembangkang.

Hakim Darryl Goon Siew Chye berkata, hujah yang dikemukakan Khairy untuk menangkis saman itu gagal.

Beliau berkata, pembelaan justifikasi tidak dibuat, sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya.

“Kami juga berpendapat bahawa hakim perbicaraan tidak tersilap membuat kesimpulan bahawa pembelaan defendan (Khairy) berkenaan perlindungan bersyarat juga tidak dibuat,” kata Goon, yang bersidang bersama Lee Swee Seng dan Ghazali Cha.

“Tiada justifikasi untuk campur tangan rayuan dan rayuan itu ditolak. Keputusan Mahkamah Tinggi disahkan,” katanya memetik laporan FMT pada Isnin.

Anwar, yang diwakili oleh Gopal Sri Ram dan J Leela, dibayar RM50,000 sebagai kos.

Ketika itu Khairy merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa memfitnah bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kenyataannya “Anwar main dua-dua ikut belakang….” 14 tahun lalu.

Susulan itu Presiden PKR itu mendakwa ucapan Khairy memberikan gambaran bahawa beliau seorang yang homoseksual.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat