Hijjaz beri nafas baharu lagu Seniman Agung

Istana Beri Isyarat Mahu Gabungan PN Kekal – Sumber

IPOH - Sumber Istana Perak menegaskan Tuanku Sultan mahukan kerajaan Perikatan Nasional sedia ada di Perak kekal seperti sebelumnya dengan hanya melakukan pertukaran Menteri...

Peja Nasihatkan Ahli Bersatu Jangan Berdendam

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik...

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KUALA LUMPUR: Sejak lama dahulu, lagu-lagu merdu ciptaan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee diberi nafas baharu oleh penggiat seni mengikut kreativiti dan interpretasi masing-masing.

Terbaru, lagu malar segar, Tiada Kata Secantik Bahasa mendapat sentuhan generasi muda, namun dengan garapan lebih istimewa dan berbeza.

Dendangan berkenaan diberi sentuhan Islamik dengan menyelitkan selawat ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW.

Lagu Lagu Tiada Kata Secantik Bahasa Versi 2020 (TKSB2020) dinyanyikan kumpulan nasyid popular, Hijjaz bersama bintang program Mentor musim ketujuh, Pasya serta pasangan penyanyi hip hop, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Salah seorang anggota Hijaz, Isman Nadim berkongsi keterujaan dengan projek berkenaan.

“Lagu asal digubah P Ramlee dengan lirik dihasilkan Allahyarham Datuk Jamil Sulong.

“Untuk versi baharu, lirik dihasilkan saya bersama Kmy dan Luca,” katanya.

 

Hijjaz mencuba sesuatu yang baharu dengan tampil dengan versi berbeza untuk lagu Tiada Kata Secantik Bahasa ciptaan P Ramlee. Foto Ihsan Universal Music
Hijjaz mencuba sesuatu yang baharu dengan tampil dengan versi berbeza untuk lagu Tiada Kata Secantik Bahasa ciptaan P Ramlee. Foto Ihsan Universal Music

 

Isman berkata, idea untuk menghasilkan TKSB2020 dicetuskan sejak dua tahun lalu.

“Ketika itu, kumpulan Hijjaz berada di Madinah menunaikan umrah. Kami terdetik bagaimana jadinya kalau lagu Allahyarham P Ramlee diubah kepada selawat Nabi.

“Adakah peminat dapat terima perubahan itu. Mampukah peminat menerima gabungan tiga genre artis dalam lagu ini yang memperjuangkan elemen rock, nasyid dan hip hop,” katanya.

Isman berkata, idea itu dimantapkan apabila mereka berbincang dengan syarikat rakaman, Universal Music dan MonkeyBone.

Sementara itu, Luca Sickta berkata, muzik bersifat universal.

“Tiada yang mustahil kalau kita mencuba sesuatu kelainan. Asalkan mesej yang hendak disampaikan mendapat tempat di hati pendengar, tidak salah kita melakukannya,” katanya.

Lagu terbitan Universal Music ini boleh didapati di semua platform digital terpilih sejak 25 Oktober lalu.

Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Amy Mastura jadi ‘Missy Jannah’

KUALA LUMPUR: Kali pertama melakonkan watak jururawat atau sering digelar 'Missy', bintang serba boleh, Amy Mastura beroleh pengalaman baharu dengan menyelami kehidupan anggota barisan...

LUMOS Auro, Projektor Serba Lengkap Dan Mampu Milik Buat Kaki Filem

Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berlangsung, pastinya ada antara anda yang merindui kepada pawagam dalam menonton filem terbaru yang ditayangkan. Sekiranya...

Yuna seperti di ‘alam khayalan’

Kuala Lumpur: Penyanyi Yuna, 34, berbangga diberi peluang untuk mengadakan persembahan secara maya di Aquaria KLCC, di sini, dan menghiburkan penonton menerusi dalam talian, semalam. Yuna...