Arab Saudi Anjur F1 Tahun Depan

- Advertisement -

JEDDAH: Arab Saudi berkata mereka akan menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) buat kali pertama tahun depan, dengan menampilkan saingan pada sebelah malam di bandar Laut Merah di Jeddah.

“Menganjurkan perlumbaan ini adalah sebahagian daripada projek Visi 2030, dengan sokongan pemimpin dan terutama sekali Putera Mahkota Mohammed Salman,” kata Menteri Sukan Arab Saudi, Putera Abdulaziz Turki dalam sidang media.

Arab Saudi berada dalam kalendar musim 2021 untuk menjadi sebahagian daripada sejarah 23 perlumbaan semusim, bagi meningkatkan kembali kemeriahan saingan itu selepas tahun ini ia dipendekkan akibat pandemik Covid-19.

Negara berkenaan melakukan perintah kawalan ketat, selepas virus itu menyerang 336,000 orang dan menyebabkan 5,489 kematian – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat