CYBERJAYA: Felda United FC (FUFC) mengumumkan untuk menarik diri daripada menyertai Liga Super ataupun Liga Premier dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.
Pengesahan itu dibuat menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat FELDA.
Keputusan itu terpaksa dibuat bagi mengawal perbelanjaan serta memastikan penyelarasan program sukan yang dirancang serta dilaksanakan lebih patuh kepada garis panduan pengurusan pentadbiran, prosedur perolehan, pengurusan kewangan serta penilaian risiko.
“FELDA ingin memaklumkan bahawa pembabitan FUFC dalam perlawanan bola sepak adalah sehingga musim 2020 sahaja.
“Mulai tahun 2021, FUFC tidak akan lagi menyertai Liga Super Malaysia dan Liga Perdana Malaysia,” katanya.