“Jangan marah ahli politik, Covid-19 tak pilih mangsa” : MB Perak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, meminta orang ramai supaya tidak panik atau memarahi ahli politik berikutan peningkatan kes Covid-19 yang mencanak kebelakangan ini.

Bahkan, beliau mengingatkan orang ramai bahawa virus korona tidak memilih mangsa.

“Sama ada dia Presiden Amerika Syarikat atau orang biasa…juga bukan dari segolongan orang itu dan orang ini, sesiapa sahaja boleh terkena jangkitan,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today di Ipoh, hari ini.

Semalam Malaysia mencatatkan sebanyak 432 kes terbaharu Covid-19, angka tertinggi setakat ini dengan jumlah pesakit aktif melebihi 2,000 orang.

Bagaimanapun, Faizal berkata setakat ini tidak ada keperluan membatalkan program membabitkan penyertaan orang dalam jumlah yang ramai di Perak, sebagaimana yang dilaksanakan di negeri yang mempunyai zon merah.

Hal ini katanya, peningkatan kes itu berlaku di kawasan tertentu seperti di penjara, dan bukan merebak melalui program perhimpunan dan kenduri.

“Ini bermakna ianya tertular melalui satu kawasan yang tertutup dan kita faham bahawa jika rakyat meneruskan SOP dengan menjaga penjarakan sosial, mencuci tangan, dan jaga kebersihan, wabak ini boleh kita kawal,” katanya.

Perak terus kekal menggunakan SOP perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang ditetapkan kerajaan pusat buat masa ini,” ujar beliau.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat