Biarpun pernah dikecam, Najib tampil bela Dr Zul

- Advertisement -

CYBERJAYA: Biarpun pernah dikecam, namun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tampil mempertahankan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifi Mohamad yang menjadi sasaran kecaman setelah disahkan positif Covid-19 semalam.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, Najib yang dipanggil Bossku oleh penyokong dan sebahagian besar rakyat Malaysia berkata kebenaran perlu dipertahankan.

“Walaupun menteri agama kerajaan PN ini banyak mempertahankan PH serta mengecam saya semasa dia Mufti WP (Wilayah Persekutuan termasuk) mempersoalkan sumpah laknat saya di masjid (lagipun dia penyokong tegar Liverpool), saya rasa ada keperluan untuk mempertahankan kebenaran.

“Ramai yang maki dia langgar kuarantin selepas pulang dari Sabah. Lalu dia menghadiri banyak acara awam.

“Tapi dia pulang dari Sabah pada 24 September iaitu sebelum arahan saringan dan kuarantin wajib bagi semua yang pulang dari Sabah dikeluarkan pada 26 September,” katanya.

Dalam kenyataanya, Najib turut menyelar PH dan NGO yang katanya membantah cadangan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba untuk melaksanakan kuarantin wajib bagi mereka yang pulang ke Semenanjung setelah mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

Dia merujuk kenyataan Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan apakah PN cuba menghalang pengundi Sabah di Semenanjung untuk pulang mengundi berikutan kenyataan Adham yang memberi bayangan kuarantin wajib dikenakan kepada mereka sekembalinya ke Semenanjung.

“Masa itu, PH kata mereka sanggup mati daripada menyerah kuasa kepada PN. Lalu mereka memaksakan PRN Sabah walaupun dibantah kuat BN,” katanya dipercayai merujuk kenyataan bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal pada Ogos.

“Jika masa itu PH menyokong kerajaan PN untuk mulakan kuarantin wajib lebih awal dan tidak membantah, lebih ramai kes Covid di Semenanjung yang berasal dari Sabah mampu dielak, ” katanya.

Adham sebelum ini dilapor berkata KKM akan meneliti keperluan kuarantin wajib terhadap mereka yang pulang ke semenanjung dari Sabah selepas PRN, namun hal itu kemudiannya dinafikan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, Najib turut mengkritik kerajaan PN yang sepatutnya membenarkan undi pos bagi warga Sabah di luar negeri, selain sepatutnya tidak mengeluarkan arahan kuarantin untuk tiga hari sahaja.

“Patut wajibkan 14 hari sebab itu adalah tempoh inkubasi Covid-19 walaupun ramai yang pilih (termasuk saya) untuk kuarantin diri secara sukarela selama 14 hari.

“Tapi nasi dah jadi bubur. Namun PH dan PN tidak patut mengulangi kesilapan besar ini pada masa depan.

“Saya juga berdoa agar menteri agama pulih sepenuhnya dengan secepat mungkin,” katanya lagi. – SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat