Dr Noor Hisham kuarantin wajib, sidang media COVID-19 langsung dari rumah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan menjalani kuarantin kendiri di kediamannya sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya beliau turut dijangkiti COVID-19.

Memetik laporan Awani, perkara itu dimaklumkan seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada media, susulan Dr Noor Hisham antara yang hadir dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 Oktober lepas.

Pegawai tersebut memaklumkan, sepanjang tempoh kuarantin 14 hari yang bermula 3 Oktober lalu, Dr Noor Hisham akan mengadakan sidang media berjadual secara langsung dari kediamannya, tanpa kehadiran wakil media.

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilaporkan sah positif COVID-19 dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Susulan keputusan itu, kesemua individu yang hadir dalam mesyuarat berkenaan, termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengikut peraturan KKM menjalani kuarantin wajib.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat