SPR di arah isi kekosongan Parlimen Batu Sapi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera mengisi kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Speaker Dewan Rakyat itu mengeluarkan arahan demikian selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan berikutan kerusi itu kini kosong setelah penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong telah meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru Jumaat lalu.

Beliau mengeluarkan arahan pemberitahuan itu dalam satu surat rasminya kepada SPR hari ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, saya selaku Yang diPertua Dewan Rakyat telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 6 Oktober 2020 kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bahawa Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong Ahli Parlimen Batu Sapi Telah meninggal dunia pada Jumaat 2 Oktober 2020.

“Oleh yang demikian, selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR Malaysia hendaklah mengisi kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Kawasan P.185 Batu Sapi, Sabah dan perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR Malaysia bahawa ada kekosongan,” katanya dalam surat rasmi itu.

Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu, Sabah.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat