PAT Bersatu 2025 Kecoh, Ucapan Dasar Muhyiddin diwarnai sedikit kekecohan

SHAH ALAM, – Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2025 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam malam ini kecoh apabila berlaku insiden kekecohan dan tolak-menolak ketika Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menyampaikan ucapan dasar.

Kekecohan tercetus di bahagian tepi dewan, dipercayai melibatkan sekumpulan perwakilan yang tidak berpuas hati terhadap perjalanan mesyuarat.

Suasana gamat memaksa pasukan keselamatan parti segera campur tangan bagi menenangkan keadaan.

Walaupun insiden tersebut hanya berlangsung beberapa minit, ia cukup untuk mengganggu tumpuan dewan ketika Muhyiddin sedang menekankan isu perpaduan dalaman parti serta hala tuju Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).

Selepas keadaan berjaya dikawal, Muhyiddin meneruskan ucapannya seperti biasa.

Beliau menyeru agar semua ahli mengetepikan perbezaan demi memastikan Bersatu kekal relevan sebagai tonggak utama dalam gabungan PN menjelang pilihan raya akan datang. -Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat