Harimau Malaya ikat Syria, kekal rekod tanpa kalah aksi persahabatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi persahabatan antarabangsa tahun ini apabila bangkit mengikat pasukan ranking ke-94 dunia, Syria 2-2 di Stadium East-Town Football Park, Chengdu, China, sebentar tadi.

Beraksi di stadium yang dilihat seakan padang latihan, skuad kendalian Kim Pan Gon ketinggalan selepas 12 minit perlawanan berlangsung apabila rembatan Mardik Mardikian berjaya menewaskan penjaga gol Harimau Malaya, Syihan Hazmi Mohamed.

Jentera serangan skuad negara yang dibarisi Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim tampak sedikit bergelut untuk menghasilkan jaringan meskipun berjaya melakukan beberapa percubaan ke gawang lawan.

Ketika Harimau Malaya cuba bangkit menyamakan kedudukan, sebaliknya berlaku apabila Yassin Samia menambah gol kedua Syria dengan menanduk masuk bola sepakan penjuru Mahmoud Al Mawas, empat minit sebelum tamat babak pertama.

Tindakan Pan Gon membawa masuk Akhyar Rashid bagi menggantikan Arif Aiman tampak berhasil selepas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berjaya menyudahkan umpanan Endrick Dos Santos pada minit ke-51 untuk merapatkan kedudukan buat Harimau Malaya.

Beberapa pertukaran yang dilakukan pengendali dari Korea Selatan itu terus memberi impak dengan permainan lebih baik berjaya ditampilkan Harimau Malaya sepanjang babak kedua.

Situasi itu menyaksikan pemain gantian, Darren Lok berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-85 apabila melakukan tindakan susulan selepas bola rembatan seorang lagi pemain gantian, Safawi Rasid ditampan penjaga gol Syria, Ahmad Madanieh.

Ia keputusan seri pertama diraih Harimau Malaya selepas merekodkan kemenangan bersih dalam empat aksi persahabatan menentang Turkmenistan, Hong Kong, Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea pada Mac dan Jun lalu. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat