KPLB Salur Peruntukan RM38 Juta Baiki Infrastruktur Di Yan – Mahdzir Khalid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM38 juta bagi memperbaiki infrastruktur yang rosak teruk akibat bencana kepala air di Yan dan Merbok, Kedah.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KPLB amat memahami kesukaran yang dihadapi oleh penduduk di daerah itu yang terjejas akibat kejadian kepala air pada 18 Ogos lalu yang mengorbankan enam nyawa.

Katanya, selepas meninjau keadaan semasa pasca bencana itu, KPLB memutuskan untuk menambah peruntukan segera bagi membolehkan pelbagai infrastruktur dibaiki secepat mungkin demi memastikan Keluarga Malaysia di daerah Yan ini yang ditimpa musibah tempoh hari dapat kembali menjalani kehidupan seperti sediakala.

“Hal ini memandangkan banyak infrastruktur terjejas teruk dan memerlukan pembaikan segera kerana ia melibatkan keperluan penduduk setempat,” ujar Ahli Parlimen Padang Terap itu ketika tinjauan di Pekan Yan pada Isnin.

Mahdzir berkata, peruntukan segera itu seiring dengan keprihatinan KPLB dalam memfokuskan kesejahteraan rakyat terutamanya di luar bandar sebagai sebahagian Keluarga Malaysia.

“Peruntukan tambahan itu membabitkan pembinaan rumah PPRT sebanyak RM1 juta.

“RM300 ribu untuk kerja-kerja baik pulih jalan kampung.

“RM500,000 di bawah program Ameniti Sosial termasuk membaikpulih titi dan jambatan.

“RM1 juta untuk bekalan air alternatif dan RM35 juta untuk menaiktaraf Loji Rawatan Air Tupah bagi menyedia akses bekalan air bersih dan terawat kepada 450 buah rumah penduduk yang terlibat,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat