Kami Maklum Ramai Pendokong PKR Tak Puas Hati Prestasi MB N. Sembilan – Adun PKR

- Advertisement -

CYBERJAYA – Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PKR mengakui ramai ahli dan pendokong parti itu tidak berpuas hati dengan prestasi Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Menteri Besar negeri itu.

Memetik laporan Malaysiakini, empat Adun PKR itu menerusi satu kenyataan bersama hari ini turut menyifatkan isu akar umbi hilang kepercayaan terhadap Aminuddin Harun merupakan urusan dalaman parti.

Empat Adun berkenaan, iaitu Ismail Ahmad (Labu), M Ravi (Sri Tanjung), Mohamad Rafie Ab Malek (Ampangan), dan Michael Yek Diew Ching (Chuah) turut menandatangani kenyataan akar umbi semalam yang menyatakan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin, kata laporan berkenaan.

“Kami mengambil maklum bahawa ramai antara pendokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berpuashati dengan prestasi Aminuddin Harun selaku pengerusi MPN PKR Negeri Sembilan.

“Isu ini adalah masalah dalaman parti. Kami menyokong penuh Anwar Ibrahim selaku presiden Parti Keadilan Rakyat dan berkeyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan kemelut ini,” kata mereka menerusi kenyataan terbaru hari ini.

Dalam laporan sama, Adun Chennah dari DAP, Anthony Loke berkata dia telah menerima pertanyaan mengenai kestabilan kerajaan Negeri Sembilan susulan langkah yang dibuat oleh akar umbi PKR.

Anthony Loke, yang juga pengerusi DAP Negeri Sembilan, menegaskan masalah itu urusan dalaman PKR dan ditujukan kepada Aminuddin dalam kapasiti sebagai pengerusi PKR negeri dan bukan sebagai menteri besar.

Pakatan Harapan mempunyai 20 wakil rakyat daripada keseluruhan 36 anggota DUN. Mereka terdiri daripada 11 wakil DAP, enam PKR dan tiga orang Amanah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat