Jam Buruj Tentukan Arah Kiblat Bukan Rolex- Idris Jawab Siti Kasim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad tampil menjawab dakwaan peguam dan aktivis, Siti Kasim yang menuduhnya memakai jam mewah jenama Rolex.

Idris sebaliknya memberitahu jam ’emas’ yang dipakainya ialah Jam Buruj ia memudahkan beliau untuk mengetahui waktu solat dan arah kiblat.

“Untuk pengetahuan, Jam Buruj ini dah lama saya pakai, senang nak tahu waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat,” jelas Idris dalam ciapan Twitternya.

Naib Presiden PAS itu berkata demikian bagi mengulas ciapan Siti Kasim yang mendakwa menteri agama berkenaan menggunakan jam tangan Rolex.

Menerusi tangkap layar daripada Twitter Siti Kasim, aktivitis itu meminta pengikut laman sosialnya memeriksa jam tangan Rolex dipakai Idris.

Ia membabitkan satu gambar memaparkan Idris itu menadah tangan berdoa dan menampakkan jam tangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat