Azizulhasni, Qobin Beri Sumbangan Untuk Rumah Mcdonald HKL

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan penjelajah Grand Slam Negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin memberi sumbangan katil ceragem, pampers pakai buang dewasa dan makanan KFC buat keluarga yang transit di Rumah Ronald McDonald Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur.

“Sayu hati saya bila melihat adik Jannah dan adik Arisya yang mengidap Kanser tahap 4. Saya hanya mampu berdoa agar Allah sembuhkan sakit yang dialami dan meminta agar keluarganya dapat menghadapi dugaan ini dengan cekal”. Kata Azizul.

Menurut Qobin,” In shaa Allah program sumbangan akan saya dan pemuda saya teruskan dari semasa ke semasa agar kami dapat terus menyumbang buat mereka yang memerlukan mengikut kemampuan yang ada.

Turut sama hadir Pemuda Bahagian Lembah Pantai.

Dalam pada itu, Pengurus Rumah Ronald Mcdonald, Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur, Siti Fikriah, terdapat 2 keluarga yang menginap di sini untuk membawa anak mereka menjalani rawatan kimoterapi.

“Jadi, tempat ini akan menjadi tempat tidur dan rehat bagi keluarga pesakit sementara menunggu anak mereka selesai berjumpa doktor.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Azizulhasni Awang dan Datuk Qobin di atas sumbangan yang diberikan dan juga belanja makan tengah hari buat keluarga dan anak-anak kecil ini.” katanya lagi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat