KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Mohd Hasbie Muda mendakwa Kerajaan Barisan Nasional (BN) era pemerintahan Datuk Seri Najib Razak terpaksa menipu berkaitan status untung rugi Tabung Haji (TH) antara 2015 hingga 2018.
Hasbie mendakwa, ramai lupa antara tahun 2015 hingga 2018 tu adalah tempoh Kerajaan BN kena serang teruk isu 1MDB.
“Ada yang tanya saya kenapa Tabung Haji perlu tipu status untung rugi mereka? Kalau dah rugi, terus terang je lah.
“Namun, ramai lupa antara tahun 2015 hingga 2018 tu adalah tempoh Kerajaan BN kena serang teruk isu 1MDB.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib (ketika itu) berhempas pulas yakinkan rakyat bahawa tak ada skandal 1MDB. Tak ada curi, tak ada sakau. Ekonomi Negara masih kukuh, hutang terkawal bla.bla.bla.
“Cuba bayangkan kalau tiba-tiba Tabung Haji umum dividen tak mampu dibayar sebab Tabung Haji rugi. Apa agaknya reaksi rakyat waktu tu? soal beliau.



