Khabar angin Ayob Khan, Mohd. Shuhaily keluar PDRM tidak betul – KPN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dakwaan rombakan besar-besaran kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan ditukar keluar daripada pasukan keselamatan itu adalah tidak benar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah mengesan satu laporan berita daripada sebuah portal dalam talian mengenai dakwaan perancangan pertukaran kepimpinan tertinggi PDRM.

Menurutnya, PDRM ingin menegaskan bahawa tiada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang perkara yang dimaksudkan.

“Pihak Bukit Aman juga telah menghubungi portal berkenaan, namun mereka enggan mendedahkan identiti sumber yang dinyatakan di dalam laporan berita itu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa, lapor Kosmo!

Tambah beliau, semua pihak diminta tidak memetik sumber yang tidak rasmi terutamanya melibatkan pasukan keselamatan dan agensi kerajaan.

Terdahulu, sebuah portal tempatan mendakwa Bukit Aman dikatakan merancang rombakan besar-besaran kepimpinan tertingginya.

Portal itu memetik, antara pegawai yang terlibat dalam rombakan itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Portal berita juga memetik kedua-dua pegawai kanan itu telah dikaitkan dengan pertukaran ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai Ketua Pengarah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat