Kerajaan Kelantan didakwa beri 54 kelulusan teroka hutan di Nenggiri, BN tuntut penjelasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Terdapat 54 kelulusan penerokaan hutan yang membabitkan keluasan lebih 13,000 hektar dikatakan diluluskan kerajaan negeri sejak 2022 sehingga kini di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Barisan Nasional (BN), Mohd Syahbuddin Hashim itu turut menuntut penjelasan daripada kerajaan negeri.

Katanya, berdasarkan rekod kemasukan permohonan kelulusan Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA), pihaknya mengesan 54 kelulusan baharu penerokaan hutan atas pelbagai maksud seperti ladang hutan, pengkayaan hutan dan lombong di kawasan Gua Musang yang kebanyakan dilakukan di kawasan Ulu Nenggiri.

“Kebanyakan penerokaan ini membabitkan kawasan hutan Ulu Nenggiri, Mukim Bertam. Di saat PAS Kelantan atau kerajaan negeri mencanangkan kepada rakyat bahawa mereka adalah sebuah kerajaan yang telus dan adil, rakyat di bawah, terutama di Nenggiri masih bergelut sekian lama untuk mendapatkan geran milik tanah,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Bukit Cekati, di Gua Musang, lapor BH.

Mohd Syahbuddin berkata, pemimpin PAS Kelantan tidak perlu bercerita mengenai pembangunan di daerah ini kerana Kerajaan Persekutuan melalui KESEDAR sudah melakukan yang terbaik untuk membangunkan kawasan ini.

“Setiap kali pengumuman bajet Kelantan, Gua Musang sering ditinggalkan dalam kebajikan seperti contoh rumah mampu milik kerajaan negeri.

“Sudah 34 tahun rakyat di Nenggiri terpaksa menanggung kemusnahan alam sekitar, terutama Orang Asli namun hasilnya diperoleh kerajaan negeri dan penerima pajakan atau projek tanpa ada pulangan yang wajar kepada rakyat Nenggiri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat