KUALA LUMPUR – Amanah Selangor menegur Umno Kota Raja pimpinan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz kerana menuntut kerusi secara terbuka bagi PRU16.
Timbalan Pengerusinya, Azli Yusof mengajak Umno membincangkan pembahagian kerusi dalam rundingan antara gabungan, yang antara lain akan mempertimbangkan kebolehan sesuatu parti memenangi sesebuah kerusi.
“Masing-masing berhak tuntut ke mana nak tanding.
“Dari segi keputusannya hanya boleh diputuskan di meja rundingan dan bukan bercakap secara terbuka dan dirundingkan di media sosial.
“Namun kebiasaannya ‘status quo’ yang akan bertanding, kata Azli, lapor FMT.
Ketua Umno Kota Raja, Tengku Zafrul Aziz, ketika berucap di mesyuarat bahagian kelmarin menuntut sama ada Parlimen Kota Raja atau mana-mana DUN di bawahnya, iaitu Sentosa, Sungai Kandis, atau Kota Kemuning diberikan kepada Umno.
Menyusuli permintaan itu, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyokong sambil menambah perkara tersebut perlu dibincangkan secara berhemah dengan PH.
Ketua PKR Kota Raja, RG Gunaraj, berpendapat masih terlalu awal untuk membincangkan perkara ini. Kalau ditakdirkan kita bekerjasama demi rakyat, kita boleh kerjasama.
Pada PRN lalu, Pakatan Harapan (PH) mempertahankan DUN Sentosa dengan majoriti 46,349 undi dan Kota Kemuning dengan 24,288 undi.
Perikatan Nasional (PN) berjaya menawan Sungai Kandis, dengan majoriti 167 undi.
Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, menewaskan tujuh pencabar lain di Kota Raja dengan majoriti 73,998 undi.
Pencabar terdekat beliau ialah PN yang meraih 49,308, diikuti Barisan Nasional yang memperoleh 22,225 undi.