Kerajaan Akan Tangani Manipulasi Orang Tengah Dan Kartel Dalam Pertanian – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kerajaan berusaha menangani manipulasi ‘orang tengah’ dan ‘kewujudan kartel’ dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan yang menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan Pamiran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022 di Serdang pagi tadi.

Dalam mengukuhkan usaha itu jelasnya lagi, MyCCC (Suruhanjaya Persaingan Malaysia) semalam telah mengeluarkan keputusan cadangan terhadap lima perusahaan makanan ternakan yang bersekongkol dalam menaikkan harga makanan ayam.

Tindakan ini jelas beliau merupakan amaran kerajaan terhadap kartel yang cuba memanipulasi harga dan pasaran.

Selain itu, beberapa langkah intervensi telah dilaksanakan Kerajaan bagi mengukuhkan sekuriti bekalan makanan negara antaranya membatalkan kelulusan kuota import (AP), melaksanakan sekatan eksport ayam, mewujudkan stokpail ayam dan ikan.

Dalam langkah intervensi ini, Kerajaan buat pertama kalinya memberikan subsidi berjumlah RM 1.1 bilion bagi meringankan beban penternak ayam sekaligus memastikan bekalan pengeluaran ayam dan telur mencukupi serta menjamin kestabilan harga.

Langkah-langkah ini kata beliau, terbukti telah menunjukkan kejayaan di mana hari ini bekalan ayam bukan sahaja berlebihan bahkan harga ayam juga lebih rendah daripada paras harga siling yang ditetapkan oleh Kerajaan iaitu RM 9.40 sekilogram.

Bercakap tentang penganjuran MAHA edisi tahun ini, Perdana Menteri memuji Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) atas kejayaan menganjurkan MAHA 2022 buat pertama kali sejak pandemic Covid-19 melanda negara.

Turut mendapat pujian Perdana Menteri ialah pemilihan tema ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’ yang jelas beliau, bertepatan dengan hasrat Kerajaan memperkukuh sekuriti makanan negara dalam menghadapi pelbagai cabaran selain memacu pemulihan sektor agromakanan dan membantu usahawan tani menjana sumber pendapatan.

Penganjuran MAHA 2022 pada bulan yang sama dengan Sambutan Hari Peladang ini juga menjadi wacana terbaik untuk mengetengahkan pelbagai produk baharu berkaitan pertanian yang bersandarkan teknologi terkini yang memberi manfaat kepada golongan sasar, ucapnya lagi.

Kredit foto: Facebook Nazim Adnan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat