Dapatkan Rawatan Segera Jika Ada Simptom HFMD, Tak Perlu Ke Sekolah

- Advertisement -

SHAH ALAM – Kanak-kanak yang mempunyai simptom penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) tidak perlu dikuarantin sehingga disahkan dijangkiti virus itu.

Pengamal perubatan, Dr Ahmed Kamarulzaman berkata, bagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai simptom itu tidak perlu hadir ke sekolah dan perlu mendapatkan rawatan segera.

“Tak perlu terus kuarantin, akan tetapi jangan pergi ke sekolah jika mempunyai simptom seperti ruam, muntah dan cirit-birit tolong terus pergi ke klinik terdekat untuk dapatkan rawatan,” katanya dalam sesi siaran langsung program #KekalSihat di TikTok.

Menurut Dr Ahmed lagi, kontak rapat kepada kanak-kanak yang mempunyai simptom HFMD juga tidak perlu menjalani kuarantin sehingga mendapat pengesahan doktor.

Dr Ahmed turut menasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya lebih peka dengan keadaan semasa anak-anak dan perlu membawa mereka mendapatkan rawatan secepat mungkin jika mempunyai simptom HFMD.

Dalam sesi siaran langsung itu, Dr Ahmed turut berkongsi HFMD merupakan virus yang bukan hanya menjangkiti kanak-kanak sebaliknya golongan dewasa juga. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat