Usia 2 Tahun, Berat Badan 45kg

- Advertisement -

New Delhi: Seorang kanak-kanak perempuan menjadi individu termuda di India yang menjalani pembedahan bariatrik ekoran masalah berat badan melampau.

Doktor menjalankan pembedahan terhadap kanak-kanak berusia dua tahun selepas berat badannya mencecah 45 kilogram (kg).

Berat badan yang tidak sesuai dengan usianya menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kesukaran untuk berjalan selain berisiko mengidap pelbagai penyakit kronik.

Pada usia sebegini, berat kanak-kanak sepatutnya antara 12 hingga 15 kg sahaja.

Menurut doktor, Khyati Varshney menjadi kanak-kanak termuda menjalani prosedur pembedahan itu.

Doktor dari Hospital Max di Patparganj berkata, mereka tidak dapat mengesan punca kenaikan mendadak berat badan kanak-kanak itu.

Berat badan berlebihan juga boleh menyebabkan pernafasan kanak-kanak itu terhenti mengejut ketika sedang tidur berulang kali.

Ujian pernafasan ketika tidur juga mendapati kadar oksigen kanak-kanak itu menurun sehingga 75 peratus.

Pada keadaan normal, kadar oksigen kebiasaannya 95 hingga 100 peratus ketika tidur.

Pesakit Covid-19 yang merekodkan kadar oksigen bawah 94 peratus juga turut dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Ibu bapa Khyati mengesan kenaikan berat badan anaknya bermula sejak berusia tiga bulan.

“Ketika berusia enam bulan, berat badan Khyati sudah mencecah 15kg dan sebelum pembedahan beratnya 45kg manakala ibunya 50 kg,” kata bapanya, Rahul Varshney.

Doktor juga gagal mengesan sama ada masalah ini berpunca daripada masalah genetik atau sebaliknya.

– Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,577FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat