Pelantikan CEO Orang Luar, Mungkin Ini Masanya Pos Malaysia Ditransformasi?

- Advertisement -

Mungkin sudah tiba masanya untuk Pos Malaysia ditransformasikan sebagai sebuah syarikat kurier dan penghantaran yang mampan terutamanya dari segi kewangan menerusi pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan baharu.

Menariknya kali ini kerana sosok yang menampuk kepimpinan tertinggi syarikat penghantaran tertua di Asia Tenggara itu bukan berwarganegara Malaysia, Charles Brewer.

Berkuat kuasa pada 1 Ogos 2021, Brewer yang mempunyai pengalaman selama 34 tahun dalam industri perkhidmatan logistik dan pos dikatakan berdepan tugasan sukar untuk memastikan Pos Malaysia kembali catat keuntungan.

Beliau memulakan kerjayanya dengan DHL pada tahun 1984 dan kali terakhir menggalas tugas sebagai CEO di Canada Post.

Penganalisis di Kenanga Research, Koh Huat Soon menerusi satu nota teknikal bertarikh 5 Ogos 2021 menjangkakan Brewer mampu mewujudkan strategi transformasi baharu untuk membawa kumpulan ke tahap yang lebih baik.

Untuk rekod, Pos Malaysia dilaporkan mencatat kerugian bagi 11 suku tahun berturut-turut dan berjaya menurunkan nilai kerugian bersihnya dengan ketara pada suku pertama tahun kewangan 2021 (FY21) kepada RM46.78 juta daripada RM232.35 juta pada 4QFY20.

Bagi suku tahun lalu, kerugian segmen penghantaran kumpulan dicatatkan lebih rendah kerana kos tenaga kerja berjaya dikurangkan.

“Pos Malaysia boleh memanfaatkan skala ekonomi untuk menawarkan perkhidmatan kepada pangkalan pelanggan yang luas dan berpelbagai memandangkan mereka mempunyai lebih 674 pejabat pos di seluruh negara, terletak di kawasan strategik dengan kependudukan tinggi.

“Sebagai proksi kepada ledakan aktiviti e-dagang yang muncul daripada pandemik COVID-19, Pos Malaysia berada dalam kedudukan baik untuk memanfaatkan dan meningkatkan pendapatannya dengan menyediakan perkhidmatan pos untuk pelbagai perniagaan dalam talian.

“Penyumbang hasil utama Pos Malaysia pada 1QFY21 adalah perkhidmatan penghantaran (71%) diikuti oleh logistik (17%), penerbangan (7%) dan lain-lain (4%),” tambah Huat Soon.

Sepanjang tempoh sembilan tahun lalu, syarikat perkhidmatan logistik dan kurier itu telah menyaksikan enam pelantikan CEO, seperti dilaporkan The Edge Weekly, sekali gus menunjukkan ini bukan tugas yang mudah untuk memimpin Pos Malaysia dan menjadikannya kembali untung.

Peletakan jawatan CEO terakhir di Pos Malaysia berlaku sekitar 11 Mei 2021, di mana Syed Md Najib Syed Md Noor melepaskan tanggungjawab berkenaan selepas berkhidmat hampir tiga tahun.

Beliau telah dilantik pada Oktober 2018 di mana Pos Malaysia menyaksikan penurunan dalam jumlah penghantaran surat dan tercetusnya perubahan sikap pengguna yang mendadak ke arah platform digital.

“Melangkah ke hadapan, konsensus menjangkakan Pos Malaysia bakal mencatatkan kerugian bersih RM65.7 juta bagi tahun kewangan berakhir Disember 2021 sebelum kembali menyaksikan keuntungan pada kadar RM16.1 juta menjelang FY22,” jelas Huat Soon lanjut.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat