Coutinho Dalam Radar Spurs

- Advertisement -

London: Tottenham Hotspur dilaporkan akan mempertimbangkan perpindahan untuk mendapatkan pemain tengah Barcelona, Philippe Coutinho pada musim panas ini.

Ketika kelab gergasi Catalan terdesak untuk mengurangkan perbelanjaan mereka termasuk mengekalkan Lionel Messi, Coutinho pastinya menjadi sandaran menyelamatkan kewangan kelab terbabit.

Pemain kebangsaan Brazil yang disisihkan itu semakin hampir untuk kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan lutut serius, dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris mengikuti perkembangannya.

Menurut laporan di Sepanyol, Spurs merancang membuat tawaran mendapatkan Coutinho jika Manchester City bersetuju dengan permintaan £150 juta (RM879.9 juta) bagi Harry Kane.

Kapten England berkenaan dilaporkan belum kembali ke kelab selepas Euro 2020 dan rundingan itu dijangka berlanjutan sehingga penghujung tempoh jendela perpindahan.

Bagaimanapun, Barcelona tetap mempertimbangkan semua tawaran – secara tetap atau sementara – bagi Coutinho sehingga mereka mencari kelab yang bersedia untuk berunding mengenai kontraknya.

– Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat