Noraini Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi berkuat kuasa serta merta.

Menurut beliau yang juga Ketua Wanita UMNO, beliau akur dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 3 Ogos lalu yang menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan.

“Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia. Usaha ini akan saya teruskan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu,  beliau pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan kementerian yang banyak membantunya melaksanakan tugas.

Peletakan jawatan Noraini menyaksikan beliau menjadi menteri kedua daripada UMNO berbuat demikian selepas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar mengambil tindakan itu melepaskan jawatan sebagai ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat