Apple Mac Pro dilengkapi GPU lebih berkuasa siri W6000

- Advertisement -

Apple hari ini mengumumkan tiga modul kad grafik baharu untuk Mac Pro untuk meningkatkan prestasi terutamanya bagi tugasan sintesis yang kompleks.

Tiga modul kad grafik berkenaan sesuai untuk perisian prestasi tinggi iaitu Octane X, DaVinci Resolve, Cinema 4D dan Final Cut Pro.

Modul baharu berkenaan adalah berasaskan kepada rekaan pengeluar cip terkemuka, Advanced Micro Devices (AMD) dengan siri Radeon Pro W6000 yang didatangkan dengan tiga variasi.

Ia termasuk Radeon Pro W6800X modul MPX, Radeon Pro W6800X modul duo MPX dan Radeon Pro W6900X modul MPX.

Mac Pro menyokong dua modul MPX  dan kad duo W6800X menawarkan kuasa prestasi pada tahap 60 terapflops bersama-sama 128GB memori.

Kad grafik berkenaan juga turut mempunyai ciri khusus iaitu Infinity Fabric Link yang membolehkan sokongan sehingga empat kad grafik iaitu dua modul duo untuk sambungan 84GB setiap satu sekali gus memberikan prestasi lima kali lebih pantas daripada PCIe Bus.

Khusus untuk tujuan prestasi tinggi, ia dilengkapi dengan tiga sambungan Thunderbold dan dua port HDMI dan apabila pengguna melakukan tambahan, ia mampu menyokong sehingga 12 Thunderbolt untuk tiga port.

Mengikut ujian prestasi, ia mampu memberikan lebih 84 peratus kuasa prestasi ketika melancarkan Octane X, lebih 26 peratus peningkatan kadar bingkai sesaat untuk interaksi 3D menggunakan Maxon Cinema 4D dan lebih 23 peratus kelajuan bagi DaVinci Resolve.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat