Hishammuddin Ulangi Permohonan Maaf, Berjanji Akan Bayar Denda

- Advertisement -

Cyberjaya – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau akan membayar denda yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas mengaku salah menghisap vape semasa persidangan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

Pengakuan itu dibuat setelah video yang memaparkan beliau sedang menghisap vape tular di media sosial.

“Berhubung isu membabitkan saya hari ini, saya mengaku ia memang kesalahan saya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada Dewan yang mulia serta seluruh rakyat Malaysia.

“Saya janji tidak akan ulangi kesalahan ini. Saya juga tetap berpendirian bahawa tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenakan denda – saya akan bayar,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Hishammuddin melalui ciapan di Twitter berkata beliau tidak menyedari akan perbuatan tersebut sambil berjanji untuk tidak mengulangginya.

“Maaf, saya tidak menyedarinya (kerana) ia kelaziman baru. Saya minta maaf kepada Dewan Rakyat dan berjanji tidak akan melakukannya lagi,” tulisnya pada Khamis.

Klip video berdurasi 0:09 saat yang tersebar di media sosial itu menunjukkan ahli parlimen Semberong itu menghisap vape sambil mengunakan penutup mulut.

Tindakan itu kemudiannya ditegur oleh pengikutnya di laman media sosial sambil meminta Hishammuddin untuk memberikan penjelasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat