Pulau Pinang Tidak Akan Bubar DUN Andai PM Umum PRU-15

- Advertisement -

George Town – Pulau Pinang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan bakal mengisytiharkan pilihan raya umum, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow hari ini.

“Kebanyakan kerajaan negeri hanya berusia kira-kira 2 tahun dan tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya, melainkan Sabah kerana keadaan di negeri itu.

“Kita akan memantau keadaan secara dekat dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Terdahulu SuaraTV melaporkan Muhyiddin dijangka akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan untuk membubarkan Parlimen.

“Banyak faktor perlu dipertimbangkan (untuk mengadakan pilihan raya). Krisis Covid-19, penamatan insentif yang mungkin mencetuskan ketidakseimbangan ekonomi, kehilangan pekerjaan dan perniagaan sudah pasti merupakan keadaan yang tidak memihak kepada pilihan raya.

“Keadaan politik (semasa) negara juga boleh dianggap tidak stabil susulan kekalutan dalam kalangan parti komponen PN,” katanya, selain menambah bahawa Umno kelihatan berdepan tugas sukar dalam isu pengagihan kerusi dengan rakan gabungannya.

Ketika ditanya mengenai penglibatan DAP di Sabah dan Sarawak, Chow berkata, mereka menunggu nasihat rakan kongsi politik tempatan di negeri terbabit.

“Rakyat Sabah dan Sarawak mahu parti tempatan memainkan peranan lebih besar dalam hal-ehwal tempatan. Berhubung keputusan DAP bertanding di sana, ia bergantung pada rakan kongsi kami.

“Politik adalah seni kemungkinan. Kami perlu berada dekat dengan keadaan sebelum membuat keputusan akhir.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat