Lim Guan Eng Sah Ditahan SPRM – Laporan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Portal The Edge Market menerusi ciapan di Twitternya sebentar tadi mengesahkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng telah ditahan Suruhanjaya Percegah Rasuah Malaysia (SPRM).

“MACC (SPRM) mengesahkan penangkapan Lim Guan Eng, kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi,” lapor The Edge.

Sumber SuaraTV sebelum ini melaporkan, Guan Eng yang juga merupakan bekas menteri kewangan itu ditahan berhubung skandal projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya bernilai RM6.3 bilion.

“Berdasarkan siasatan dan kenyataan saksi yang direkodkan sebelum ini menunjukkan ada kes yang kuat yang mendakwa beliau. Ya, paling lewat petang ini,” kata satu sumber yang dihubungi SuaraTV sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat