Lim Guan Eng Akan Didakwa Di Mahkamah Esok – SPRM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng akan didakwa di mahkamah esok.

“SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada Peguam Negara bagi menuduh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng,” kata kenyataan rasmi SPRM sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu, pendakwaan pertama akan dilakukan di Mahkamah Jalan Duta jam 9 pagi esok, di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Satu lagi pendakwaan akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 Ogos, di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ini adalah bersangkutan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, SPRM turut memaklumkan Lim Guan Eng turut akan didakwa atas satu lagi pertuduhan pada 11 Ogos di mahkamah yang sama pada 11 Ogos 2020 di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat