Pahang Naikkan Bantuan Segera Banjir Kepada RM3,000 – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan kerajaan negeri menaikkan bantuan segera untuk mangsa banjir di Pahang dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM1,000 sebelum ini.

Jelasnya, sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk persiapan pangkalan hadapan (RM4.8 juta), Tabung Malapetaka Daerah (RM1 juta), Perolehan Darurat (RM8.5 juta) dan Perolehan Bencana (RM3.5 juta).

“Kerajaan Negeri Pahang memutuskan untuk menaikkan bantuan segera untuk mangsa banjir daripada RM1,000 sebelum ini kepada RM3,000.

”Selain itu, Kerajaan Negeri turut menaikkan bantuan membaiki rumah (yang rosak akibat banjir) daripada RM2,500 kepada RM5,000 dan bantuan pemulihan perniagaan kecil juga turut dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000.” Katanya menerusi Facebooknya, pada Selasa.

Ujarnya lagi, bagi menambah baik persiapan menghadapi bencana banjir, peruntukan hampir RM 20 juta disediakan merangkumi persiapan pangkalan hadapan (RM4.8 juta), Tabung Malapetaka Daerah (RM1 juta), Perolehan Darurat (RM8.5 juta) dan Perolehan Bencana (RM3.5 juta).

Selain itu, penyediaan 50,000 makanan “Ready To Eat” sebagai bekalan makanan awal kepada mangsa-mangsa banjir yang berjumlah RM60,000 diperuntukkan untuk memastikan kebajikan ‘keperluan perut’ mangsa banjir terpelihara.

“Kerajaan Negeri amat memahami susah payah dan pahit getir yang dilalui setiap mangsa banjir. Justeru itulah, pihak kerajaan sehabis saya mengusahakan persediaan daripada segala aspek sebelum, semasa dan selepas bencana banjir akan mampu meminimumkan impak buruk kepada rakyat yang terjejas katanya.” -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat