Ismail Sabri dilantik Presiden Kehormat Pertubuhan UAV Dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR 6 Jun 2023 – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dilantik sebagai Presiden Kehormat Pertubuhan UAV Dunia (WUAVF).

Watikah lantikan tersebut telah diserahkan oleh Presiden WUAVF, Jincai Yang dalam satu majlis sempen Kongres Drona Dunia Ke-7 di Shezen, China, Sabtu lalu.

Ismail Sabri dalam hantaran Facebook miliknya mengucapkan terima kasih kepada WUAVF kerana memberikan kepercayaan kepada beliau untuk mempromosikan industri pesawat udara tanpa pemandu (UAV) kepada dunia.

“Industri dron berkembang sangat pantas. Sebagai contoh, pengeluar-pengeluar utama dron sedang sedaya upaya untuk menghasilkan kenderaan tanpa pemandu yang lebih besar bagi memudahkan urusan harian.

“Teknologi ini harus dikuasai dengan segera. Jika dahulu dron digunakan oleh tentera tetapi hari ini ia menjadi satu teknologi yang melibatkan semua bidang sama ada di darat, di bawah air atau udara,” katanya.

Tambahnya, beliau akan membantu pertubuhan itu untuk mempromosikan industri tersebut demi kesejahteraan dunia.

Ketika menerajui pemerintahan negara, beliau memberikan perhatian serius kepada industri tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan dan menjadi sumber pendapatan baharu negara.

Malah beliau telah melancarkan Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30) sebagai agenda nasional bagi menyokong ekosistem dron.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat