Pulau Pinang Milik Kedah: Polis Siasat Kenyataan Sanusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis sudah memulakan siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan terhadap kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataan Pulau Pinang milik Kedah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sebahagian daripada laporan sudah dikemukakan kepada Peguam Negara dan sedang menunggu tindakan selanjutnya.

“Saya telah mendapat dokumen termasuk laporan polis yang mengesahkan Menteri Besar Kedah secara tidak bertanggungjawab mengeluarkan beberapa kenyataan.

“Pertama, menuntut Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya mengembalikan Pulau Pinang ke Kedah dan kedua menyatakan ada asas yang kukuh bahawa Pulau Pinang milik Kedah.

“Sebagai seorang yang mempunyai kedudukan, kenyataan itu adalah tidak bertanggungjawab,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Anwar menjawab soalan Lim Guan Eng (PH- Bagan) mengenai tindakan ke atas gesaan Menteri Besar Kedah bahawa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memadamkan Pulau Pinang supaya boleh dikembalikan kepada Kedah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,207FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat