Annuar Musa sindir pemimpin Umno jadi jurucakap tahniah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyindir pemimpin-pemimpin Umno yang menjadi jurucakap tahniah kepada pencerca-pencerca mereka sebelum ini yang menerima anugerah.

Menurut Annuar lagi, inilah pencapaian terbesar Umno menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang bermula Rabu ini.

“Pencapaian terbesar kepimpinan menjelang PAU ialah menjadi juruucap tahniah kepada pencerca pencerca mereka yang menerima anugerah, dengan ahli mereka sendiri berputih mata…,

“Itu namanya menang sorak, parti tergadai…”. sindir Annuar menerusi catatan Facebooknya pada Isnin.

Annuar yang juga Presiden Muafakat Nasional (MN) sempat menyampaikan serangkap pantun yang berbunyi,

Kalau tuan pergi memancing,
Jangan lupa membawa umpan,
Sudahlah hancing terkena kencing,
Najisnya pulak nak kena telan.

Terdahulu,pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 bagi Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) sekali gus  membawa gelaran Tan Sri bagi kategori pertubuhan politik.

Beberapa pemimpin UMNO tampil menzahirkan ucapan tahniah kepada Kit Siang antaranya, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,209FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat