Kerajaan Perpaduan kekal? Tunggu mandat rakyat bukan polemik di media sosial – DAP

KUALA LUMPUR – Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Khoo Poay Tiong menegaskan masa depan dan nasib kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan hanya akan ditentukan oleh mandat rakyat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Adakah kerangka Kerajaan Perpaduan ini akan kekal? Perkara ini wajar ditentukan dalam pilihan raya berdasarkan mandat yang diberikan oleh rakyat, bukannya melalui polemik di media sosial,” kata Ahli Parlimen Kota Melaka itu.

Menurut Poay Tiong, di peringkat kepimpinan tertinggi PH dan BN, segala isu dibincangkan, dipersetujui, dan diselesaikan secara matang.

“Oleh itu, kita tidak memerlukan mana-mana “budak” atau “jaguh” untuk mengeruhkan keadaan.

“Umum ketahui bahawa PH dan BN bukan rakan gabungan yang asal. Namun, selepas PRU15, PH dan BN bersama parti-parti lain termasuk dari Sabah dan Sarawak telah bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan kerana tiada mana-mana parti memperoleh majoriti.

“Langkah ini juga dibuat bagi menjunjung nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan bersama demi kestabilan politik negara,” katanya.

Jelas Poay Tiong lagi, sudah hampir empat tahun Kerajaan Perpaduan dibentuk. Tidak dinafikan, terdapat pelbagai cabaran sepanjang tempoh ini.

“Namun, terdapat juga kebaikan, khususnya dari segi kestabilan politik dan ekonomi.

“Di pihak DAP, kami akan terus melaksanakan tanggungjawab menuntut reformasi dan memperjuangkan kepentingan rakyat selagi masih ada masa dan mandat,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat