Sinigang, Kare Kare juadah hidangan Yazmin

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Yazmin Aziz dan keluarganya masih menerapkan budaya negara kelahirannya iaitu Filipina biarpun sudah bertahun menetap di Kuala Lumpur.

Yazmin yang juga pelakon berkongsi, antara budaya yang masih diamalkan ketika lebaran adalah dengan menghidangkan juadah unik seperti Sinigang dan Kare Kare kepada tetamu yang datang berkunjung.

“Dulu ketika raya di Filipina, kita sekadar berkumpul sahaja. Tetapi, apabila berpindah ke Malaysia, suasana berubah dan berbeza.

“Kami mula bergaya mengenakan baju raya dan juga memasak makanan yang selalu dimakan ketika menyambut hari raya.

“Selain ketupat dan rendang, kami juga menyediakan beberapa hidangan asal Filipina seperti Sinigang dan Kare Kare.

“Bukan hanya dihidangkan ketika lebaran, saya turut memperkenalkan juadah berkenaan dalam lagu raya saya berjudul Rancak Raya,” kata Yazmin.

Lebih menarik, rakan-rakan yang berkunjung turut menyukai juadah dan hidangan yang disediakan.

Tambah Yazmin, kepuasan jelas terasa apabila mereka meminta untuk membawa pulang selepas menjamu selera di rumahnya.

“Kawan-kawan suka betul dengan hidangan yang kami sediakan. Ada tu siap ‘request’ dan bawa bekas nak bawa balik. Tapi seronok dapat menjamu kawan-kawan di hari raya,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Yazmin muncul dalam sebuah filem berjudul Bunga Dan Kayu.

Filem ini mengisahkan tentang Noah (lakonan MK K-Clique) seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga (Azira Shafinaz) sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat