Debat Perdana Anwar-Najib Berlangsung Di MATIC

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib ditetapkan pada 12 Mei ini akan berlangsung di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) Kuala Lumpur.

Menerusi kenyataan media Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pejabat Dato’ Seri Mohd Najib berkata, debat ini akan disiarkan secara langsung oleh media rasmi saluran TV dan media sosial yang akan diumumkan kemudian.

“Pihak Dato’ Seri Anwar dan Dato’ Seri Najib Razak telah mengadakan perbincangan dan mencapai kata sepakat terkait tempat penganjuran Debat Perdana,

“Dengan ini dimaklumlan bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk memilih Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) Kuala Lumpur sebagai tempat penganjuran debat tersebut pada 12 Mei 2022, pada jam 9.00 malam.” Kata kenyataan tersebut.

Kedua-dua turut berharap Debat Perdana ini akan berlangsung dengan sempurna minggu hadapan, ujar kenyataan itu lagi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat