Bob Lokman tumpu rawatan pemulihan

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan penulis lirik Bob Lokman, 58, kini memberi tumpuan kepada rawatan memulihkan kesihatan dari kediamnnya di Kelantan selepas penat berulang-alik ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman juga bersyukur kerana sudah menerima mesin oksigen baharu selain sumbangan wang untuk pembiayaan rawatan daripada orang ramai.

“Saya sudah dapat mesin oksigen baharu hasil sumbangan daripada pihak tertentu yang membelinya untuk bantuan pernafasan dan jantung saya ketika tidur.

“Sumbangan ihsan ramai juga ada masuk sikit-sikit dalam akaun isteri saya. Tak ada perancangan apa-apa lagi untuk rawatan ke IJN. Saya duduk rumah sajalah, saya malaslah, sudah penat,” katanya

Awal bulan ini, penulis lirik lagu Isabella dan pencipta lagu Taman Rashidah Utama itu berkongsi kekangan kewangan dialami membuatkan dia terpaksa mengetepikan urusan rawatan di IJN.

Namun, Bob berterima kasih kepada Muslim Care Malaysia (MCM) kerana membantunya melunaskan sebahagian bayaran di IJN itu.

Sebelum itu, Bob dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ([email protected]) di Kuantan, Pahang pada 8 April lalu kerana mengalami masalah cepat penat sejak Mac lalu.

Bob juga terpaksa hanya terbaring kerana perlu banyak berehat. Keadaan jantung bateri yang digunakan juga semakin lemah dan tinggal 10 peratus saja ketika itu.

Dia bersyukur kerana masih boleh bertahan untuk berpuasa Ramadan tahun ini. Katanya, dia juga dijadualkan harus ke IJN untuk pemeriksaan lanjut pada bulan ini untuk mengetahui keadaan kesihatannya yang sebenar.

Terbuka menerima sumbangan ramai, Bob berkata, dia tidak akan menolak rezeki dan jika ada pihak mahu membantunya boleh memasukkan wang ke akaun Maybank isteri, Relawati Daud di nombor 162348359386.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,598FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat