19 Kematian, 3,551 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mencatatkan kes baharu jangkitan COVID-19 melebihi angka 3,000 dengan 3,551 kes baharu yang direkodkan pada Khamis.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kini 427,927 kes.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, beliau memaklumkan Selangor mencatatkan jumlah paling tinggi dengan 1,137 kes, diikuti Kuala Lumpur (477), Sarawak (391) dan Kelantan (326).

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata sebanyak 2,709 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah sebanyak 392,555 kes yang bersamaan dengan 91.7 peratus.

Beliau berkata 19 kematian baharu melibatkan 18 warganegara dan seorang bukan warganegara dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,610 kes.

“Terdapat 19 kes kematian pada hari ini yang melibatkan lima kes di Sarawak, masing-masing tiga kes di Johor dan Selangor, masing-masing dua kes di Kelantan dan Kuala Lumpur, serta masing-masing satu kes di Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, dan Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berkata 354 individu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 199 menerima bantuan alat pernafasan. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat