Gila Jawatan Tapi Tak Reti Memimpin, Rafidah Bimbang Dengan Sikap Ahli Politik Masa Kini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Keghairahan ahli politik memiliki kuasa namun tiada kebolehan memimpin menjadi kebimbangan yang disuarakan tokoh politik Tan Sri Rafidah Aziz merujuk kepada keadaan semasa kepimpinan di negara ini.

Beliau yang menggalas tanggungjawab menteri selama 28 tahun mengingatkan bahawa ada perbezaan ketara antara menjadi ketua dan memimpin.

Mengupas lanskap semasa negara, Rafidah berkata antara masalah terbesar negara ini adalah cakap ahli politik tak serupa bikin.

“Bagi saya, kata-kata anda adalah janji untuk dipegang dan dikotakan,” katanya dalam temubual eksklusif portal FMT.

“Bila kata-kata kamu tak boleh dipegang, bila cakap kamu tak serupa bikin, anda tak lagi boleh dipercayai. Bila orang tak boleh lagi percayai kamu, maka apa jua keyakinan mereka (kepada kamu) turut hilang.”

Rafidah turut menyentuh mengenai kecenderungan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) untuk tidak berterus-terang semasa mempromosikan pakej rangsangan yang pelbagai.

Menurut bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri ini, kerajaan harus jujur apabila berkomunikasi dengan rakyat.

Pada pandangan Rafidah, rakyat menolak langkah kerajaan mengusulkan darurat dan bertindak sewenang-wenang termasuk menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).

“Anda dapat perhatikan yang mereka (kerajaan) hilang sokongan pelbagai pihak. Rakyat tak gembira. Tak ada sebab untuk darurat,” katanya.

Rafidah juga bimbang akan masa depan tadbir urus negara, kerana banyak penjawat awam berpengalaman sudah atau akan bersara, manakala penjawat muda memegang jawatan tinggi tanpa bimbingan sempurna.

Beliau menekankan perlunya kerajaan merancang dengan baik dan awal, dan bukannya mengumumkan sesuatu tanpa huraian lanjut.

“Hidup ini mudah kalau pandai mengurus,” kata beliau.

“Tapi kalau tak berkebolehan dan tak mahir mengurus, semuanya akan jadi rumit dan kelam-kabut.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat