Syarikat Bas Persiaran Rayu Bantuan Kerajaan

8 Tempat Makan Yang Sedap Dan ‘Murah’ Di Johor Bahru Pasti Tidak Rugi Untuk Anda Cuba

Adakah anda pernah berkunjung ke Johor Bahru dan pening kepala mahu makan apa? Mungkin perkongsian ini akan menjimatkan masa anda memilih tempat makan apabila...

Sam kena kuarantin di hotel

KUALA LUMPUR: Aktor popular, Shaheizy Sam akur menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas kembali dari Sabah atas...

Misha selar sikap netizen jadi batu api

KUALA LUMPUR: Niat asal hanya berkongsi bakat dan menyatakan sokongan terhadap usaha rakan artis apabila memuat naik video yang menampilkannya mendendangkan semula lagu nyanyian...

M Daud Kilau kian uzur

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan penyanyi jolokan Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau, 82, semakin uzur apabila diuji dengan beberapa penyakit kronik sejak empat tahun...

Anwar Dakwa 120 MP Sokong, Tak Tunjuk Senarai Nama Kepada PH – Sinchew Daily

PETALING JAYA – Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan telah mendapat sokongan lebih 120 wakil rakyat untuk membentuk kerajaan, tetapi Presiden PKR itu tidak...

KUALA LUMPUR — Pandemik COVID-19 bukan sahaja mengancam kesihatan dan nyawa masyarakat, malah turut menjejaskan ekonomi dan punca rezeki pelbagai sektor ekonomi.

Tidak terkecuali pengusaha bas persiaran atau bas pelancong yang terkesan berikutan penularan wabak penyakit berjangkit itu.

Dahulu mereka merupakan ‘petugas barisan hadapan’ yang membantu melonjakkan industri pelancongan tempatan dengan membawa pengunjung termasuk dari luar negara, ke tempat-tempat menarik di negara ini, namun sejak Disember lepas, nasib mereka mula berubah.

Wabak COVID-19 menutup serapat-rapatnya periuk nasi industri itu yang mempunyai lebih 10,000 bas persiaran, ditambah pula menghadapi tekanan hebat daripada syarikat kredit untuk membayar pinjaman kenderaan itu.

Pengarah WSF Travel and Tours Sdn Bhd, Wan Shairi Wan Ahmad mendakwa berikutan tiada moratorium pinjaman diberikan terhadap bas persiaran menyebabkan mereka tidak mampu bertahan, sehingga ada yang hampir bankrap.

“Kalau boleh kita minta tolong MOF (Kementerian Kewangan) untuk menstruktur balik (pinjaman bank) syarikat bas pelancongan dengan interest (faedah pinjaman) yang rendah, 1-2 peratus. Bayangkan syarikat ini dalam tiga atau empat bulan boleh ditutup kerana sebuah bas kita perlu bayar RM12,000-RM13,000,” katanya kepada Bernama TV baru-baru ini.

Wan Shairi juga merayu kepada kerajaan supaya menggunakan perkhidmatan bas persiaran untuk menghantar pulang pelajar yang masih terkandas di universiti ke kampung halaman masing-masing.

Beliau berkata setakat ini tiada satu syarikat bas persiaran digunakan bagi tujuan itu, dan beliau meminta kerajaan membantu sektor berkenaan terutamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

Sementara itu, Pengarah Dataran Travel and Tours, Abdul Aziz Ismail Gani berkata pihaknya menghadapi kesukaran kerana tidak mempunyai pendapatan ekoran permintaan terhadap perkhidmatan bas persiaran itu tiada langsung sejak penularan wabak berkenaan dalam negara.

“Susut nilai bas amat teruk. Kami nak jual pun tak ada orang nak beli bas kami. Hendak tak nak kami perlu teruskan bayar hutang (kenderaan) sampai habis ikut jadual,” katanya.

Pemilik GLX Travel & Tours, N. Gunaratnam pula berkata pihaknya sudah mengemukakan permohonan bagi Program Subsidi Upah, namun sehingga kini belum menerima pemakluman daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Ahli Parlimen Batu Sapi Koma, Dipercayai Radang Paru-Paru

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah (Warisan) Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong disahkan koma dipercayai akibat jangkitan radang paru-paru. Perkara itu disahkan...

Lahad Datu : Polis Sabah Akan Rekod Keterangan Mohamaddin

KUALA LUMPUR- Polis Sabah akan merekod kenyataan bekas menteri, Datuk Mohamaddin Ketapi dalam masa terdekat berhubung dakwaan kononnya pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada...

Tempoh Kelonggaran Perbaharui Lesen Memandu, Cukai Jalan, Diskaun Saman Tamat Hari Ini

PETALING JAYA – Kerajaan tidak akan memanjangkan tempoh untuk pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan serta tawaran diskaun untuk saman kesalahan lalu lintas. Keadaan itu...