Hasni Tidak Fikir Pemilihan UMNO Akan Sebabkan Perpecahan

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor, Dato’ I.r Hasni Mohamad tidak fikir UMNO akan berpecah belah akibat pemilihan.

Menurutnya, beliau bersetuju agar pemilihan parti UMNO 2021 dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan parti setiap tiga tahun.

“Pemilihan UMNO boleh diadakan mengikut masa (jadual) yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan parti,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Sayangi Sungai Skudai sempena sambutan Hari Air Sedunia peringkat Negeri Johor, di sini, sebentar tadi.

Beliau yang juga Menteri Besar Johor menambah, parti perlu mengambil maklum mengenai Perlembagaan menetapkan pemilihan setiap tiga tahun.

“Perlembagaan parti juga menetapkan pemilihan boleh ditangguh jika ada situasi tertentu seperti Pilihan Raya,

“Jika perlu dilaksanakan ia harus mengikut landasan Perlembagaan,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, UMNO yang kini menjangkau 75 tahun penubuhannya sepatutnya sudah matang. Kita (UMNO) sentiasa mengadakan pemilihan, ada kala pertandingan sengit, ada ketika tidak sengit, ujarnya.

Dalam parti kita tidak perlu bimbang. Pertandingan sesengit manapun ia tidak akan memecah belahkan parti, tegasnya lagi. -SUARATV

Baca lagi :

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat