“Buat pemilihan ikut jadual, kalau betul ada sokongan akar umbi – Ketua UMNO Bukit Bintang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique membidas pimpinan tertinggi UMNO yang dilihat sengaja melambat-lambatkan pemilihan parti.

Beliau dengan lantang membangkitkan persoalan sekiranya benar UMNO mempunyai sokongan teguh dari akar umbi maka tidak ada alasan untuk tidak melaksanakan pemilihan parti.

“Kata ada sokongan akar umbi tapi tidak berani hendak buat pemilihan mengikut jadual,” sindir Zainal dalam ciapan Twitternya, hari ini.

Sebelum itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu keputusan sama ada menangguh atau meneruskan pemilihan parti adalah bergantung kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Menurut Ismail Sabri, pemilihan parti adalah berdasarkan kepada Perlembagaan di mana ada tempoh dan syaratnya.

Menteri Pertahanan itu berkata, walaupun daripada segi Perlembagaan sudah sampai tempohnya (pemilihan) tetapi parti juga mempunyai kuasa untuk menangguhkannya sehingga 18 bulan.

“Itu ada dalam Perlembagaan parti manakala selepas tempoh tamat perlu diadakan pemilihan betul tetapi kuasa MKT UMNO juga ada sama ada untuk menangguhkan sehingga 18 bulan atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan bahawa pemilihan kepimpinan UMNO yang baharu akan diadakan pada Jun depan.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, Perlembagaan UMNO telah menetapkan tempoh memegang jawatan dihadkan kepada tiga tahun sahaja.

Menurutnya, kali terakhir pemilihan pucuk kepimpinan UMNO berlangsung pada 30 Jun 2018 dan tempoh itu akan tamat pada Jun depan.
Justeru, ahli akar umbi UMNO berpeluang memutuskan bakal calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri daripada parti itu pada Jun nanti.

Manakala, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tetap berpendirian bahawa pemilihan UMNO perlu dilaksanakan tahun ini mengikut kalendar parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Beliau berkata, perkara itu sudah disebut berulang kali sebelum ini malah salah satu ikrar yang diletakkan ketika berlaku pemilihan parti pada tahun 2018 ialah tidak ada lagi penangguhan pemilihan. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat