Hubungan PAS Dengan Bersatu Sama Seperti Prinsip Asas MN – Takiyuddin

- Advertisement -

SHAH ALAM – Pas menjelaskan bahawa hubungan parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) sama seperti prinsip asas Muafakat Nasional (MKN).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia kerjasama ke arah membina penyatuan ummah yang dimulakan dengan penyatuan dalam kalangan Melayu Islam, diikuti bumiputera dan kemudian bukan Islam yang tidak ekstrem seterusnya seluruh rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan.

“Hubungan Pas dengan Bersatu dalam PN adalah seperti dalam prinsip asas MN iaitu kerjasama ke arah penyatuan ummah,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin.

Jumaat lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sebarang agenda peribadi yang hanya bertujuan menyelamatkan pemimpin dan anggotanya namun tidak menyelesaikan masalah negara serta rakyat.

Beliau turut menegaskan parti itu juga menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal MN.

Bagaimanapun Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad selepas itu menjelaskan kenyataan Abdul Hadi bahawa parti itu menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal MN tidak membawa maksud mereka menolak muafakat bersama UMNO.

Katanya, Abdul Hadi menjelaskan bahawa pendirian Pas sebelum ini ialah memperkukuh MN bersama UMNO dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

Kenyataan tersebut terbit selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan meminta Pas memikirkan sebaik-baiknya mengenai usaha mempertahankan gagasan muafakat yang asli. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat