Pemuda UMNO Kota Raja gesa segerakan pemilihan parti

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja menggesa agar pemilihan parti disegerakan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam parti terbesar orang Melayu itu.

Ketua Pemuda UMNO Kota Raja, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad berkata, pihaknya berpendapat pemilihan segera perlu dilakukan agar hala tuju parti dapat ditentukan oleh mereka yang dipilih.

Katanya, halatuju parti itu penting kerana UMNO kini terpecah kepada tiga kumpulan yang mempunyai hala tuju yang berbeza.

“Tiga kumpulan wujud hasil dari perpecahan yang berlaku.

“Kumpulan yang mahu parti bergerak sendiri pada pru15, kumpulan yang mahu kekal bersama Perikatan Nasional, kumpulan yang mahu jajaran baharu politik bersama PKR dan DAP.

“Apa pun yang berlaku,hala tuju parti mesti ditentukan segera dan pemilihan parti adalah jalan terbaik untuk menamatkan kemelut yang melanda,” katanya dalam satu kenyataan.

Sheikh Weshal berpendapat PRU15 adalah talian hayat terakhir bagi UMNO untuk mengukur adakah parti itu masih relevan atau tidak.

Pada Sabtu, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menggesa agar parti itu dirombak semula dan kemudian mengetengahkan pemimpin yang bukan hanya diterima oleh ahli bahkan rakyat juga.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi menegaskan, UMNO dalam masa perlu mengadakan pemilihan pada tahun ini juga agar suhu tidak puas hati terhadap pemimpin kembali reda.

Manakala Pergerakan Pemuda UMNO Pagoh mahu tarikh pemilihan parti dikekalkan untuk mendapatkan barisan kepimpinan baharu.

Sebelum ini, Pergerakan Pemuda UMNO Pontian dan Seremban mendesak agar presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berehat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat