COVID-19 – Bekas Perdana Menteri Libya Jadi Mangsa

- Advertisement -

MESIR: Bekas Perdana Menteri Libya, Mahmoud Jibril dilaporkan telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di Mesir semalam, lapor Al Jazeera.

Jibril, 68 tahun, dirujuk ke sebuah hospital di Kaherah selepas disahkan positif Covid-19.

Jibril dinamakan sebagai Perdana Menteri Libya oleh Majlis Peralihan Kebangsaan pada tahun 2011 selepas kejatuhan kerajaan Presiden Mua’amar Ghadafi.

Beberapa orang kenamaan dunia lain seperti Putera Charles dan Perdana Menteri UK, Boris Johnson, telah disahkan dijangkiti penyakit itu.

Wabak Covid-19 setakat ini telah menjangkiti lebih 1.2 juta orang di seluruh dunia dengan 68,000 kematian. Pusat jangkitan turut telah berpindah ke Eropah dari China terutama di Itali dan Sepanyol.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat