Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (6 April 2020)

- Advertisement -

1. PDRM bersama ATM telah mengadakan 743 Sekatan Jalan Raya di seluruh negara & melakukan pemeriksaan ke atas 293,051 kenderaan.
 
2. Sebanyak 25,818 pemeriksaan mengejut telah diadakan & 4,822 premis telah diperiksa

3. PDRM telah menahan 554 individu di sekatan jalan raya dan rondaan kerana ingkar PKP

4. Rakyat masih enggan bagi kerjasama, terdapat peningkatan penangkapan sebanyak 51 peratus

5. PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih tegas kepada mereka yang masih mengingkari arahan PKP

6. Daripada 554 individu yang ditahan semalam, 489 individu direman dan 213 dituduh di mahkamah

7. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP dari 18 Mac sehingga 5 April 2020 adalah sebanyak 6048 individu

8. KPKT telah menyah cemar 56 kawasan di
9 negeri semalam termasuk 27 kawasan di Johor dan 6 kawasan di Sarawak.

9. Operasi ini merangkumi 113 kawasan awam termasuk rumah ibadat, pasar awam, pasar raya & kawasan perumahan.

10. Turut dinyah cemar, 19 bangunan kerajaan & bagi Perumahan Rakyat (PPR), 4 projek telah selesai melibatkan 4,872 unit manakala 3 projek lagi dlm proses perlaksanaan

11. Kerajaan ucap terima kasih kpd semua individu atas kerjasama yg diberikan dlm menjalani perintah kuarantin wajib

12. Smlm seramai 925 telah dikuarantin & 118 pusat kuarantin telah dibuka diseluruh negara. Keseluruhan yg dikuarantin sehingga hari ini adalah sebanyak 6,698.

13. Mesyuarat Khas Kabinet memutuskan Kilang Heineken & Carlsberg tidak lagi dibenarkan beroperasi

14. Kerajaan merakamkan penghargaan kpd Jabatan Penjara Msia atas bantuan pengangkutan ke pusat kuarantin & usaha mereka dalam penghasilan unit Peralatan Perlindungan Diri (PPE) bagi kegunaan frontliners KKM

15. Kerajaan ucap terima kasih kepada semua frontliners daripada semua Agensi Kerajaan terlibat yang banyak berkorban dalam memerangi wabak COVID-19

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat